Monday 23 May 2011


Salam Hormat,

   Kepakaran kami ialah membantu menyelesaikan masalah lelaki-lelaki atau suami-suami yang lemah di ranjang. Kami menawarkan solusi masalah tersebut.

   Terima kasih kerana mengunjungi website ini. Anda mungkin salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia yang tahu website ini melalui iklan yang disiarkan diakhbar-akhbar, kad bisnes, envelop, resit, internet, rakan-rakan, pelanggan-pelanggan dan dari kami sendiri. Walau siapapun anda, kami sedia membantu. Diharap anda terus melayari website ini dan membaca terlebih dahulu produk-produk yang kami tawarkan sebelum membuat keputusan. Kami sangat gembira jika produk-produk ini yang anda cari selama ini dan mampu menyelesaikan masalah anda. Sebelum itu, kami memohon maaf jika ada visual yang menganggu emosi pembaca. (Tujuan kami siarkan untuk kebaikan bersama). Kami akan menanti keputusan anda tanpa paksaan. Jika positif, kami bersedia bersahabat dengan anda. "Pelanggan Kami, Sahabat Kami, Sokongan Murni, Kami Hargai". Terima kasih tanpa batasan!

Ajis ~ 010-7955833





VIMAX. KAPSUL UNTUK LELAKI. SOLUSI MASALAH KELAKIAN ANDA!

Kapsul yang diformulasi khas untuk lelaki bagi mengeratkan hubungan intim suami isteri dan membantu masalah lelaki yang mempunyai "SENJATA" yang kecil dan sederhana dengan selamat, efektif dan cepat. Terbukti berbaloi! Tiada pesaing! Lelaki yang perkasa memilikinya! Paling Laris!










PACAK LANGIT PEARL. JENAMA LELAKI PERKASA.

Kapsul khas untuk menghidupkan kembali "SENJATA" lelaki yang telah mati. Membantu mencapai ereksi penuh yang terhebat. Pada bila-bila masa dan memberikan pasangan orgasm berganda! Mengembalikan nostalgia ketika baru sahaja berumah-tangga!






PL SUPERGEL. GEL UNTUK SUAMI. KETAHANAN TANPA SAINGAN!

Gel pelambat  untuk kepuasan suami isteri. Mampu beraksi melepasi 30 minit dengan mudah, efektif dan selamat. Tiada kesan sampingan. Rumusan 100% herba buatan tempatan. Pilihan ribuan suami budiman. "PAPA JUARA, MAMA GEMBIRA"
 






MOZEHERBS. GABUNGAN 9 RAMUAN TERBAIK MALAYSIA.

Kembalikan kesihatan terbaik anda dalam tempoh 10 hari. Rawatan alternatif untuk membantu penyakit-penyakit kronik. Sangat berkesan untuk penyakit gaot, sakit sendi, sakit tulang, sakit otot, sengal-sengal badan, bengkak-bengkak di tangan, keletihan, tekanan/stres, & kembung perut.
 





HEMPEDU BUMI. "KING OF BITTER".

Menyelesaikan masalah gula di dalam badan. Sangat mujarab untuk merawat dan menyembuhkan kencing manis & darah tinggi. Lulus KKM. Pilihan farmasi & doktor. Melebihi 100 ribu pengguna di seluruh Malaysia!
 




"Kami telah menggunakan terlebih dahulu semua produk-produk yang ditawarkan sebelum memasarkan kepada pelanggan-pelanggan. Kami juga banyak menerima tawaran dari pembekal-pembekal untuk memasarkan produk-produk mereka. Oleh itu, 5 produk yang kami tawarkan ini, sangat berkesan untuk kami dan kami yakin, ia juga pasti berkesan untuk anda! INSYAALLAH."

CARA HIDUP SIHAT

Amalkan Cara Hidup Sihat
Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk
kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
• Makan secara sihat
• Tidak merokok
• Lakukan aktiviti fizikal
• Belajar menangani stress
Faedah cara hidup sihat:
• Meningkatkan status kesihatan anda
• Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan
jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
• Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
• Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati
kehidupan..
Makan Secara Sihat
• Nikmati pelbagai jenis makanan
• Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan
tengahari dan makan malam)
• Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
• Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian::
Bijirin, produk bijirin dan ubi
• ½ cawan nasi (putih atau perang)
• ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
• 1½ keeping capati
• ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran Buah-buahan
• ½ cawan sayur hijau tua
bersama batangnya (dimasak)
• ½ cawan sayur buah/berakar
• ½ biji jambu berukuran
sederhana
• 1 hiris betik/nanas
2
Bijirin, produk bijirin dan ubi
(dimasak)
Susu, dadih dan keju Ikan, ayam dan daging
• 1 gelas susu
• 1 cawan dadih
• 1 keping keju
• 1 ketul paha ayam saiz
sederhana
• 1 ketul paha ayam saiz
sederhana
• 2 ketul daging tanpa lemak
berukuran kotak mancis
• 5 sudu besar ikan bilis
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis
penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar.
Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok
mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser
(karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
• Yakinkan diri
• Buat nota peringatan
• Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
• Tumpukan pada hari ini
• Sentiada berfikiran positif
• Dapatkan sokongan
• Lawan keinginan untuk merokok
• Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
• Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
o Melengahkan-lengah
o Minum banyak air
o Menarik nafas panjang
o Membuat sesuatu
o Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
o Mengunyah sesuatu
o Membasuh tangan
o Mandi dengan kerap
o Melakukan senaman regangan
3
o Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam
kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat
penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi. .
Lakukan aktiviti fizikal
• Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari:
tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit
setiap kali)
• Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
• Berjalan kaki
• Aktiviti regangan
• Aktiviti berkebun yang
ringan
• Berjalan laju
• Berbasikal
• Berenang
• Menari
• Lompat tali
• Aerobik
• Berlari-lari anak
• Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F Frequency :
(Kekerapan)
3 – 5 kali seminggu
I Intensity
(Effort) :
(Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan
selesa.
T Time : (Masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh
memanas dan menyejukkan badan.
4
T Type : (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton,
lompat tali, berbasikal.
Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang
sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan
anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
• Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
• Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
• Kenal pasti kenapa anda marah
• Cuba dengar penjelasan orang lain
• Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
• Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
• Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga
melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
• Berfikir secara positif
• Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
• Belajar menyukai diri sendiri
• Belajar bertenang
• Adakan hobi
• Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
• Dapatkan tidur yang cukup
• Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
• Bersifat tegas/asertif
• Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya.…
Semakan Akhir : 28 April 2008

Saturday 21 May 2011

PACAK LANGIT 
pearl plus


Satu cara yang yang Paling Mudah dan Paling Selamat untuk mencapai ketegangan MAKSIMA - hanya dengan sebiji mutiara - 100% asli tanpa sebarang bahan kimia.Produk ini telah dihantar untuk analisa di makmal untuk memastikan ianya selamat digunakan tanpa ragu - ragu.




BAGAIMANAKAH SEKIRANYA ANDA MAMPU UNTUK:
  • Mencapai ereksi yang terhebat pernah anda alami?
  • Mencapai ereksi penuh pada bila - bila masa? Walaupun ketika hubungan yang tidak dirancang?
  • Mempunyai Libido sehebat zaman muda anda?
  • Memberikan isteri anda orgasm berganda?
  • Mengakhirkannya dengan orgasm terhebat anda?
  • Dan bersedia kembali selepas beberapa minit?

Sudah pasti hubungan rumahtangga anda akan kembali seperti ketika anda baru sahaja berumahtangga!







Hanya sebiji sahaja untuk:

  • Merawat kegagalan erektil
  • Merawat Pancutan Pramatang
  • Meningkatkan libido
  • Meningkatkan pengeluaran air mani
  • Memanjangkan tempoh ereksi
  • Merawat masalah Prostate
  • Membersihkan buah pinggang
  • Meningkatkan tenaga dan stamina
NOTA: JIKA TUAN MENGHADAPI MASALAH MATI PUCUK…MAKAN SEBIJI SEHARI SELAMA 10 HARI , HARI KE-11 REHAT DAN SAMBUNG SEMULA SEBIJI SEHARI SELAMA 10 HARI LAGI. INSYALLAH PUCUK AKAN KEMBALI HIDUP INSYAALLAH.RAMAI DAH BERJAYA.
 


Tidak pasti jika anda memerlukan Pacak Langit Pearl?

  • Menghadapi kesukaran untuk mencapai ereksi pada waktu pagi selepas bangun dari tidur.
  • Ketegangan tidak penuh atau tidak betul - betul keras walaupun dalam keadaan yang amat terangsang.
  • Memerlukan masa yang agak lama untuk mencapai ketegangan apabila bermesra dengan isteri
  • Ketika bersetubuh, anda gagal mengekalkan ketegangan.


 Mengapakah masalah erektil boleh terjadi?

Masalah erektil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Sama ada anda berusia 20′an ataupun 60′an, ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun begitu apakah menyebabkan berlakunya keadaan ini?





KESAN FISIOLOGI
 
Apakah yang anda makan sepanjang hari? Kemungkinan besar anda bersarapan dengan Nasi Lemak atau Roti Canai, makan nasi tengahari dengan ikan/ayam kari atau goreng dan makan malam juga dengan nasi dengan makanan berkuah atau goreng. Seperti yang dapat anda lihat, hampir setiap waktu makanan kita pasti mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Apakah kesan pemakanan seperti ini pada kesihatan seksual kita? Tahun demi tahun, lemak dan kolestrol ini akan membina di dalam tubuh badan mengakibatkan pengaliran darah yang tidak lancar. 






KESAN PSIKOLOGI
 
Dalam keadaan dunia yang semakin pantas dan semua orang berlumba - lumba untuk mengejar kemewahan hidup, ramai yang tidak dapat menumpukan perhatian kepada kehidupan keluarga. Tekanan hidup yang tinggi juga membawa kesan kepada masalah 
erektil. 



Bagaimana Pacak Langit Pearl boleh membantu?

Pacak Langit Pearl dirumus khas dengan 5 jenis herba terbaik bukan sahaja untuk memberikan ketegangan maksima tetapi untuk meningkatkan daya ketahanan seksual anda agar anda sentiasa bersedia dan bertenaga hari demi hari.

Pacak Langit Pearl BUKAN HANYA untuk mereka yang bermasalah sahaja tetapi untuk semua yang ingin meningkatkan tenaga seksual anda.

Herba ramuan Pacak Langit Pearl akan membantu mengembangkan salur darah di bahagian zakar anda untuk membantu meningkatkan pengaliran darah dan mengekalkannya di bahagian zakar untuk mencapai ketegangan maksima.
Kesemua perubahan yang akan anda alami setelah menggunakan Pacak Langit Pearl akan berlaku secara semulajadi tanpa seolah - olah anda TIDAK memakan apa - apa ubat! Anda akan merasai seperti ianya berlaku dengan SENDIRI tanpa sebarang bantuan!!




Bagaimanakah kami boleh menawarkan produk yang berkualiti ini dengan harga yang rendah?
  1. Dengan berurusan dengan kami, anda sebenarnya membuat pembelian terus dari pengeluarnya iaitu kami sendiri. Anda tidak perlu membayar harga yang mahal untuk menampung kos orang tengah.
  2. Bahan - bahan mentah untuk menghasilkan Pacak Langit Pearl juga diperolehi terus dari pengeluar manakala kami mempunyai kebun Tongkat Ali sendiri untuk menampung keperluan tinggi herba Tongkat Ali untuk Pacak Langit Pearl dan lain - lain produk keluaran kami

Menentukan Berat Badan Sesuai

Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.



Mencari maklumat lain? Cari semuanya di sini:

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?

Adakah Anda Masih Ingin Merokok?
Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.

Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:

  • Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
  • Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
  • Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.
  • Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
  • Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
  • Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.

Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.

Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.

Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.

Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.

Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.

Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.

Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.

Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.

Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.

Petua untuk membantu anda:

  • Tukar kebiasaan anda.
  • Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari
  • Jauhkan diri dari perokok
  • Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
  • Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda
  • Menyimpan duit rokok
  • Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok
  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan minuman yang mengandungi kafein
  • Bersarapan pagi
Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI.

Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.


Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula.  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:

  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.
  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.
  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.
  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.
  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.
  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?

Hidup Sihat - Jantung Sihat

Hidup Sihat - Jantung Sihat

Berhenti Merokok

Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya di http://www.mymotivasi.com.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):

Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut.

Diet dan Senaman untuk Pengidap Kencing Manis

Diet dan Senaman untuk Pengidap Kencing Manis

Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.


Menukar diet: satu dari cara terbaik melawan diabetes

Kuncinya adalah menggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang. Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.

Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh: timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.

Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang mengidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik. Individu yang mempunyai risiko mendapat diabates patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.

Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka. Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat tersebut.

Senaman melindungi anda dari diabetes

Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.

Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.

Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman.

Stres dan Akibatnya

Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.
Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.